BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Slideku

Videotube

Wednesday, March 31, 2010

Tujuh Keajaiban Dunia (atau Tujuh Keajaiban Dunia Purba) merupakan senarai tujuh ciptaan binaan purba yang menakjubkan. Versi yang paling awal diketahui telah dibuat pada abad kedua Sebelum Masihi oleh Antipater dari Sidon; yang menjadi panduan dikalangan pemerhati masyarakat Hellenik yang hanya memerhatikan hasil kerja pembinaan di sekitar Mediterranean. Senarai kemudiannya memasukkan ciptaan Zaman Pertengahan dan Zaman Moden.


Berikut disenaraikan hasil binaan yang digelarkan tujuh keajaiban mengikut tarikh binaan:

KeajaibanTarikhPembinaMusnahPunca
Piramid Agung Giza2650-2500 SMMesirmasih wujudN/A
Taman Tergantung Babylon600 SMBabyloniaselepas abad pertama SMgempa bumi
Kuil Artemis di Ephesus550 SMLydia, Parsi,Yunani Purba356 SMterbakar
Berhala Zeus di Olympia435 SMYunani purbaantara abad ke-5 dan ke-6 Mterbakar
Makam Maussollos di Halicarnassus351 SMParsi, Yunani Purbasebelum 1494 Mgempa bumi
Patung Raksasa Rhodes292-280 SMYunani Hellenistik224 SMgempa bumi
Rumah Api Iskandariahabad ke-3 SMMesir Hellenistik1303-1480 Mgempa bumi

Senarai asal Antipater mempunyai Pintu Gerbang Ishtar dan bukan Rumah Api Iskandariah. Perubahan kepada senarai di atas berlaku pada abad ke-6 Masihi. Dari senarai tersebut, hanya satu sahaja yang masih bertahan dan wujud hingga kini iaitu binaan yang paling lama — Piramid Giza. Yang menariknya, dua dari keajaiban itu iaitu Kuil Artemis dan Berhala Zeus musnah dimamah api manakala tiga yang lain iaitu Rumah Api Iskandariah, Patung Raksasa Rhodes dan Makam Maussollos telah musnah akibat gempa bumi. Manakala kewujudan Taman Tergantung Babylon masih belum dapat dipastikan dengan jelas.


Oleh kerana kebanyakan dari keajaiban dunia telah musnah, ramai yang mencadangkan agar mencari yang baru dan menamakan keajaiban yang sedia ada sebagai Tujuh Keajaiban Dunia Purba. Maka, kini terdapat banyak senarai keajaiban yang dibuat yang terdiri dari hasil kejuruteraan manusia hinggalah ke keajaiban alam semula jadi. Walau bagaimanapun, tiada kesepakatan yang dibuat oleh umum tentang senarai itu. Namun lebih banyak keajaiban dunia yang masih tidak diketahui.


Persatuan Kejuruteraan Awam Amerika menyusun satu senarai keajaiban dunia moden [1]:

KeajaibanMula dibinaDirasmikanLokasi
Channel Tunnel1 Disember 19876 Mei 1994Selat Dover, Eropah
Menara CN6 Februari 197326 Jun 1976Toronto, Ontario, Kanada
Bangunan Empire State22 Januari 19301 Mei 1931New York, New York, Amerika Syarikat
Jambatan Golden Gate5 Januari 193327 Mei 1937Selat Golden Gate, utara San Francisco, California, Amerika Syarikat
Empangan ItaipuJanuari 19705 Mei 1984Sungai Paraná, Amerika Selatan
Delta Works195310 Mei 1997Belanda
Terusan Panama1 Januari 18807 Januari 1914Segenting Panama, Amerika Tengah



Keajaiban tarikan pelancongan

Berikut merupakan senarai tujuh tumpuan pelancongan (tidak termasuk ziarah) yang disusun oleh Hillman Wonders:[2]



Keajaiban semula jadi

Berikut merupakan senarai tujuh keajaiban semula jadi yang disusun oleh CNN [3]:



Keajaiban dalam air

Senarai berikut tidak diketahui pembuatnya (lebih kepada pembentukan semula jadi) tetapi ia agak dikenali:[4] [5]



Tujuh keajaiban baru

Pada tahun 2006, dua buah organisasi telah memperkenalkan senarai "Tujuh Keajaiban Baru".

Pada awal 2006, sebuah inisiatif telah dimulakan oleh organisasi Switzerland iaitu Perbadanan Dunia Terbuka Baru (New Open World Corporation) (NOWC) untuk memilih Tujuh Keajaiban Dunia Baru yang terpilih dari 200 buah monumen yang masih wujud [6]. Dua puluh yang ke peringkat akhir telah diumumkan pada 1 Januari 2006 [7]. Keputusan akan diumumkan pada 7 Julai 2007 (7/7/7).

Pada November 2006, akhbar kebangsaan Amerika USA Today dengan kerjasama rancangan televisyen Amerika Good Morning Americamendedahkan senarai "Tujuh Keajaiban Baru" yang telah dipilih oleh enam orang juri.[8] Keajaiban tersebut telah diumumkan satu setiap hari dalam masa seminggu dalam Good Morning America. "Keajaiban kelapan" telah dipilih pada 24 November daripada maklum balas penonton [9].

BilanganKeajaibanLokasi
1Istana PotalaLhasa, Tibet
2Kota Lama JerusalemIsrael
3Bongkah ais kutubKawasan kutub
4Monumen Kebangsaan Kepulauan Hawaii Barat LautHawaii, Amerika Syarikat
5InternetN/A
6Peninggalan MayaSemenanjung Yucatá, Mesoamerika
7Perpindahan Serengeti dan Masai MaraKenya dan Tanzania
8Ngarai Agung ("keajaiban kelapan" pilihan penonton)Arizona, Amerika Syarikat

0 comments: