BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Slideku

Videotube

Wednesday, March 31, 2010

Tujuh Keajaiban Dunia (atau Tujuh Keajaiban Dunia Purba) merupakan senarai tujuh ciptaan binaan purba yang menakjubkan. Versi yang paling awal diketahui telah dibuat pada abad kedua Sebelum Masihi oleh Antipater dari Sidon; yang menjadi panduan dikalangan pemerhati masyarakat Hellenik yang hanya memerhatikan hasil kerja pembinaan di sekitar Mediterranean. Senarai kemudiannya memasukkan ciptaan Zaman Pertengahan dan Zaman Moden.


Berikut disenaraikan hasil binaan yang digelarkan tujuh keajaiban mengikut tarikh binaan:

KeajaibanTarikhPembinaMusnahPunca
Piramid Agung Giza2650-2500 SMMesirmasih wujudN/A
Taman Tergantung Babylon600 SMBabyloniaselepas abad pertama SMgempa bumi
Kuil Artemis di Ephesus550 SMLydia, Parsi,Yunani Purba356 SMterbakar
Berhala Zeus di Olympia435 SMYunani purbaantara abad ke-5 dan ke-6 Mterbakar
Makam Maussollos di Halicarnassus351 SMParsi, Yunani Purbasebelum 1494 Mgempa bumi
Patung Raksasa Rhodes292-280 SMYunani Hellenistik224 SMgempa bumi
Rumah Api Iskandariahabad ke-3 SMMesir Hellenistik1303-1480 Mgempa bumi

Senarai asal Antipater mempunyai Pintu Gerbang Ishtar dan bukan Rumah Api Iskandariah. Perubahan kepada senarai di atas berlaku pada abad ke-6 Masihi. Dari senarai tersebut, hanya satu sahaja yang masih bertahan dan wujud hingga kini iaitu binaan yang paling lama — Piramid Giza. Yang menariknya, dua dari keajaiban itu iaitu Kuil Artemis dan Berhala Zeus musnah dimamah api manakala tiga yang lain iaitu Rumah Api Iskandariah, Patung Raksasa Rhodes dan Makam Maussollos telah musnah akibat gempa bumi. Manakala kewujudan Taman Tergantung Babylon masih belum dapat dipastikan dengan jelas.


Oleh kerana kebanyakan dari keajaiban dunia telah musnah, ramai yang mencadangkan agar mencari yang baru dan menamakan keajaiban yang sedia ada sebagai Tujuh Keajaiban Dunia Purba. Maka, kini terdapat banyak senarai keajaiban yang dibuat yang terdiri dari hasil kejuruteraan manusia hinggalah ke keajaiban alam semula jadi. Walau bagaimanapun, tiada kesepakatan yang dibuat oleh umum tentang senarai itu. Namun lebih banyak keajaiban dunia yang masih tidak diketahui.


Persatuan Kejuruteraan Awam Amerika menyusun satu senarai keajaiban dunia moden [1]:

KeajaibanMula dibinaDirasmikanLokasi
Channel Tunnel1 Disember 19876 Mei 1994Selat Dover, Eropah
Menara CN6 Februari 197326 Jun 1976Toronto, Ontario, Kanada
Bangunan Empire State22 Januari 19301 Mei 1931New York, New York, Amerika Syarikat
Jambatan Golden Gate5 Januari 193327 Mei 1937Selat Golden Gate, utara San Francisco, California, Amerika Syarikat
Empangan ItaipuJanuari 19705 Mei 1984Sungai Paraná, Amerika Selatan
Delta Works195310 Mei 1997Belanda
Terusan Panama1 Januari 18807 Januari 1914Segenting Panama, Amerika Tengah



Keajaiban tarikan pelancongan

Berikut merupakan senarai tujuh tumpuan pelancongan (tidak termasuk ziarah) yang disusun oleh Hillman Wonders:[2]



Keajaiban semula jadi

Berikut merupakan senarai tujuh keajaiban semula jadi yang disusun oleh CNN [3]:



Keajaiban dalam air

Senarai berikut tidak diketahui pembuatnya (lebih kepada pembentukan semula jadi) tetapi ia agak dikenali:[4] [5]



Tujuh keajaiban baru

Pada tahun 2006, dua buah organisasi telah memperkenalkan senarai "Tujuh Keajaiban Baru".

Pada awal 2006, sebuah inisiatif telah dimulakan oleh organisasi Switzerland iaitu Perbadanan Dunia Terbuka Baru (New Open World Corporation) (NOWC) untuk memilih Tujuh Keajaiban Dunia Baru yang terpilih dari 200 buah monumen yang masih wujud [6]. Dua puluh yang ke peringkat akhir telah diumumkan pada 1 Januari 2006 [7]. Keputusan akan diumumkan pada 7 Julai 2007 (7/7/7).

Pada November 2006, akhbar kebangsaan Amerika USA Today dengan kerjasama rancangan televisyen Amerika Good Morning Americamendedahkan senarai "Tujuh Keajaiban Baru" yang telah dipilih oleh enam orang juri.[8] Keajaiban tersebut telah diumumkan satu setiap hari dalam masa seminggu dalam Good Morning America. "Keajaiban kelapan" telah dipilih pada 24 November daripada maklum balas penonton [9].

BilanganKeajaibanLokasi
1Istana PotalaLhasa, Tibet
2Kota Lama JerusalemIsrael
3Bongkah ais kutubKawasan kutub
4Monumen Kebangsaan Kepulauan Hawaii Barat LautHawaii, Amerika Syarikat
5InternetN/A
6Peninggalan MayaSemenanjung Yucatá, Mesoamerika
7Perpindahan Serengeti dan Masai MaraKenya dan Tanzania
8Ngarai Agung ("keajaiban kelapan" pilihan penonton)Arizona, Amerika Syarikat

Monday, March 22, 2010

Lawak

Cerita 1 : Kali pertama

Seorang wanita telah menaiki sebuah teksi and kemudian semasa dalam perjalanan , wanita tersebut berkata kepada pemandu teksi tersebut : “Jangan laju sangat wahai saudara , kerana ini adalah kali pertama saya menaiki teksi” Lalu dijawab oleh pemandu teksi tersebut : “Jangan takut puan , sebab saya juga baru pertama kali bawa kereta…kira samalah kita”

Cerita 2 : Gila

Seorang doctor bertanya kepada seorang pesakit : “Kenapa mereka semua menghantar kamu ke Hospital gila ni ?” Lalu berkata si pesakit tadi : “Saya merasakan mereka tu semua gila , akan tetapi mereka tu semua pula merasakan saya ni yang gila.Maka hendaklah kita berpegang dengan pandangan Jumhur”……..

Cerita 3 : Uzur

Seorang pelajar yang tidak datang ke sekolah tanpa uzur telah menelefon guru besar sekolahnya dengan menggaraukan suaranya seolah-olah meniru suara bapanya dan dia berkata kepada guru besar tersebut : “Hello guru besar , anak saya Salim sakit sejak semalam dan tidak dapat hadir ke sekolah.Saya minta jasa baik tuan agar dapat memberinya cuti.”

Berkata guru besar : Boleh saya tahu siapa yang bercakap ni?”…..Lalu ia berkata : “Saya ialah anak dia….”

Cerita 4 : Gagal

Seorang bapa memarahi anaknya yang gagal dalam peperiksaan 2 tahun berturut-turut : “Kenapa kakmu gagal lagi seperti tahun lepas??….Lalu jawab anaknya : “Sebab guru-guru bagi soalan tahun lepas”…

Cerita 5 : Kenalan.

Seorang lelaki telah pergi ke rumah sahabatnya karibnya yang selalu diziarahinya.Sampai dihadapan pintu rumah tersebut ia pun mengetuk pintu rumah dan tiba-tiba anak tuan rumah itu pun membuka pintu.Lelaki tersebut berkata : Apa khabar?”…..Adakah bapa awak ada dirumah?… Budak itu menjawab : “Ada”….Lelaki itu bertanya lagi , : “Kenal tak siapa niiii?…. Budak lelaki tersebut terus berlari mendapatkan bapanya sejurus mendengar soalan tersebut dengan berkata kepada ayahnya : Ayah…ayah…diluar tu ada orang yang tak tahu siapa diri dia..

Cerita 6 : Surat beranak.

Seekor ayam bertanya kepada seekor kambing : “Kenapa masa hari raya korban yang lepas , kamu tidak dikorbankan? Kata kambing : “Sebab bapa saya tulis dalam surat beranak , saya ni ayam”……..

Begitulah serba sedikit ceritanya …..ha…ha…haa…..

Tuesday, March 2, 2010

KEPENTINGAN TUMBUHAN HERBA BAGI MASYARAKAT MELAYU

PENDAHULUAN

Semenjak dari dulu lagi tumbuh – tumbuhan memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Beberapa ribu tahun dahulu, tumbuhan telah digunakan dengan meluasnya sebagai makanan dan juga ubatan.

Bapa perubatan iaitu Hippocrates yang telah menubuhkan Kuil Aesculapius, iaitu sebuah Kolej Perubatan juga telah mempelajari ilmu perubatan dengan menggunakan tumbuhan herba daripada orang – orang Mesir.

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan tumbuh – tumbuhan semulajadi untuk membuat ubat tradisional. Terdapat lebih 6000 spesis tumbuhan tropika di seluruh Malaysia.

Ubat tradisional sememangnya kaya dengan nutrien, serta kebolehannya untuk mengubati berbagai jenis penyakit. Ianya telah digunakan semenjak dari dahulu lagi sehinggalah sekarang. Ianya kekal menjadi rawatan yang popular sehingga sekarang. Ubatan tradisional adalah satu sains atau latihan dalam perubatan dan penjagaan kesihatan yang telah diwarisi sejak zaman berzaman. Ianya telah diturunkan secara lisan atau secara bertulis melalui amalan – amalan atau kepercayaan sesuatu komuniti.

BAGAIMANA TUMBUHAN HERBA DIJADIKAN SEBAGAI UBAT

Tidak syak lagi bahawa tumbuhan adalah merupakan rahmat Allah s.w.t yang tidak ternilai kepada manusia. Bukan sahaja sebagai bahan makanan sehari – hari, bahkan untuk kegunaan berbagai bidang kehidupan mereka. Termasuklah bidang perubatan, menyembuh dan membasmi berbagai jenis penyakit.

Sejak dari zaman purba manusia primitif yang hidup disesuatu bahagian mukabumi ini, mungkin sudah dapat mengenali segala jenis tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan kediaman mereka. Mereka sudah dapat memastikan dan membezakan diantara tumbuhan yang boleh dimakan dengan tumbuhan yang mengandungi racun yang boleh memudaratkan.

Mereka juga memerhatikan dan mengambil tahu akan jenis tumbuhan yang lazim dimakan oleh binatang peliharaan seperti kucing. Terutama apabila melihat binatang itu tidak sihat. Maka mereka dapat pula pengetahuan mengenali jenis tumbuh – tumbuhan yang berkhasiat. Lalu disesuaikan dengan pengalaman mereka sendiri untuk dijadikan bahan perubatan. Demikianlah manusia sejak zaman berzaman sudah mempunyai kesanggupan mengubat, menyembuhkan berbagai jenis penyakit dengan menggunakan beberapa jenis tumbuh – tumbuhan.

Khasiat beberapa jenis tumbuh – tumbuhan tertentu yang pada mulanya hanya diketahui oleh kaum peribumi setempat itu sahaja, rupa – rupanya telah membawa rahmat kepada umat manusia serta dunia, sama ada untuk menyembuhkan penyakit tertentu ataupun dalam sesuatu bidang perubatan. Misalnya, pokok chichona,yang berasal dari Peru itu, setelah diproses oleh pakar – pakar perubatan moden telah menghasilkan quinine, ubat mujarab untuk menyembuhkan penyakit malaria. Daun – daun dari pokok koka, setelah diproses mengasilkan kokain, iaitu ubat pelali atau bius. Sementara opium yang diproses dari bunga popi, menjadi bahan ubatan untuk mengubati beberapa jenis penyakit dan tidak terkecuali dalam perubatan Melayu tradisional.

Menyentuh perkara tumbuhan sebagai bahan ubat – ubatan ini, maka kepulauan Melayu ini bolehlah disifatkan sebagai gedung ubat yang amat besar. Segenap hutan belukar, bukit bakau, lembah, paya, sawah, padang, kampung dusun, bahkan di kawasan kediaman sendiri terdapat tumbuhan yang berbagai jenisnya. Oleh yang demikian seperti juga peribumi di bahagian – bahagian lain di muka bumi ini, orang Melayu sudah mengetahui akan khasiat tumbuh – tumbuhan yang terdapat di sekitar mereka. Maka dari pengetahuan inilah terbitnya gelaran – gelaran dukun, bomoh, pawang dan sebagainya.

Kebiasaannya cara ubatan tradisional Melayu menggunakan beberapa jenis tumbuh – tumbuhan herba dalam merawat sesuatu jenis penyakit. Dimana tumbuh – tumbuhan herba ini akan dicampurkan bersama – sama mengikut cara – cara yang tertentu. Sama ada dengan cara memasak kesemua tumbuhan tersebut ataupun dengan mengilingnya dan berbagai cara lagi. Diantara contoh – contohnya adalah seperti di sebelah :

  1. PENYAKIT KEPIALU
  2. Ambil biji sesawi, akar kawi, jerangau bonglai, temu putih, daun rembega dan daun kebas bendang. Giling sehingga lumat dan campurkan dengan air. Kemudian lumurkan pada seluruh badan ataupun boeh juga diminum.

  3. Demam panas
  4. Ambil gelang sambar dara, setawar, pucuk lancung, adas manis,bunga pulasan, putik bebaru, bawang putih, bawang merah, mesui dan pinag muda. Kesemua bahan ini ditumbuk sehingga lumat dan dicampurkan dengan air, kemudian minum.

  5. Muntah
  6. Ambil buah pala dan bawang putih sebiji lalu dimakan dengan sakar.

  7. Sakit Kepala
  8. Ambil daun pegaga, kapur barus dan sendawa. Giling sehingga lumat dan tempelkan di kepala yang sakit itu.

  9. Kayap
  10. Ambil daun cucuran atap, daun kedondong dan daun lada pahit. Giling dan kemudian sapu.

  11. Panau

Ambil cendana dan tuba tikus, asah dengan air limau nipis. Bubuhkan pada tempat panau itu.

Rahsia Tumbuhan Herba Bagi Wanita Melayu

Bagi kebanyakkan kaum wanita pula, mereka lebih gemarkan pengambilan jamu untuk menjaga kesihatan mereka. Bahan – bahan asli seperti tumbuh – tumbuhan, daun – daun, akar – akar kayu, buah – buahan dan bunga – bungaan mempunyai khasiat untuk merawat kesihatan dan kecantikkan tubuh badan.

Jamu ialah ubat tradisional yang telah digunakan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Mereka telah mengamalkan penggunaan jamu ini untuk mengubati berbagai jenis penyakit dan tidak ketinggalan juga untuk menyihatkan dan menguatkan badan. Pemakanan dan penggunaan ubat tradisional yang asli ini masih diamalkan hingga ke hari ini. Walaupun perubatan moden begitu luas digunakan dan dikembangkan dengan begitu canggih sekali. Keberkesanan penggunaan jamu yang jarang memberi kesan sampingan telah terbukti melalui pengalaman para pengamalnya yang setia.

BAGAIMANA IA DIHASILKAN

Kebanyakan bahan – bahan boleh didapati dari kedai – kedai runcit yang mendapatkan bekalan daripada pembekal – pembekal yang mendapatnya daripada hutan rimba. Tetapi ada juga yang menanamnya dihalaman rumah seperti sirih, kunyit, daun beluntas, kemangi, serai dan lain – lain. Ada juga daun yang boleh dibuat ulam seperti betik, dimana khasiatnya ialah untuk mempercepatkan jahitan difarajwanita yang baru lepas bersalin, kering dan sembuh dengan sempurna. Daun betik ini direbus dan diminum airnya selama dua hingga tiga hari.

Bahan – bahan lain yang boleh didapati di dapur kita ialah asam, halia untuk memanaskan badan. Kunyit digunakan untuk menyembuhkan gatal – gatal dan luka – luka. Kencur atau cekur, pati beras, adas untuk menghilangkan sakit perut , memperbaiki perjalan haid yang teratur dan masalah susah tidur. Bawang merah untuk mengubati batuk dan masuk angin. Bunga cengkih boleh mengubati masuk angin dan juga perut memulas. Lempoyang untuk mengubati kurang nafsu makan, sesak nafas dan bau badan.

Sementara bahan yang boleh didapati dari halaman rumah ialah bayam duri untuk mengubati selsema, bisul, sesak nafas dan demam nifas. Buah belimbing untuk mengubati kencing manis, batuk,tekanan darah tinggi dan sakit kepala. Daun sirih, daun lidah buaya, daun orang aring, kemangi, serai dan daun beluntas boleh mengubati demam panas, darah kotor,nafas berbau. Limau nipis untuk mengatasi masalah kegemukkan.

Lazimnya jamu ini tidak mempunyai resipi yang tepat iaitu jumlah atau ukuran bahan - bahan untuk sesuatu ramuan tidak mengikut sistem metrik, melainkan mengikut cara ukur yang mudah seperti ukuran genggam, menggunakan jari – jari dan jemputan tangan. Dosnya juga bermacam – macam, misalnya satu gelas, setengah botol, satu cawan dan sebagainya. Dibawah ini disenaraikan beberapa contah jamu yang biasa diamalkan oleh wanita untuk kecantikkan serta penjagaan kesihatan. Dimana jamu – jamu ini boleh dibuat sendiri di rumah tanpa memerlukan modal yang besar.

    1. Jamu Lempoyang
    2. Khasiatnya adalah untuk membersihkan kulit muka. Ambil ½ ibu jari lempoyang, kikis kulitnya dan parut. Perah bahan tersebut dan minum airnya dengan ditambah sedikit gula atau madu.

    3. Jamu Tomato
    4. Khasiatnya ialah untuk mencantikkan kulit. Sebiji tomato merah yang besar diblenderkan dan dicampurkan dengan sedikit gula. Minum airnya setiap hari.

    5. Jamu Beras Hancur

Khasiatnya ialah untuk menyegarkan wajah, melancarkar peredaran darah dan mengurangkan kepenatan. Ambil 1kg cekur, 1 genggam beras, 5 potong kayu manis, 10 kuntum bunga cengkih, gula Melaka dan 1 sudu asam jawa. Goreng beras tanpa minyak sehinga nampak kekuningan dan tumbuk halus. Tambah cekur, bunga cengkih, kayu manis dan tumbik lagi. Rebus gula merah dan asam dengan setengah periuk sedang air kemudian sejukkan. Apabila sejuk tambahkan bahan yang ditumbuk tadi. Kacau dan tapis . Minum 1 cawan sehari.

KESIMPULAN

Dengan ini jelaslah bahawa tumbuh – tumbuhan herba sememangnya penting dalam perubatan Melayu. Dimana ianya telah terbukti dalam menyembuhkan berbagai jenis penyakit. Disamping itu juga ianya amat penting dalam penjagaan kesihatan serta kecantikkan. Apa yang penting adalah kesedaran kita semua untuk menyedari serta menghargai sumber alam semulajadi yang mempunyai banyak khasiatnya.